Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 10, 2012

Buah Ajaib

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..


Korang kenal tak buah Manjakani? Mesti ada yg kenal..ada yg xkenal...ada yg penah kenal nama tp xpenah tgok rupe buah mcmane...


Buah manjakani ni dianggap sebagai buah `ajaib', dihasilkan melalui proses metamorfosis apabila sejenis serangga penyengat (tebuan) yang hinggap dan menetaskan telurnya di atas daun pokok oak. Telur yang menetas menghasilkan enzim-enzim yang merangsang bekalan makanan pada sel-sel daun sehingga terbentuknya satu bebola keras yang dipanggil Manjakani.

Buah Manjakani
Manjakani telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sejak berkurun lamanya oleh orang-orang Arab , Iran , India , Cina dan Melayu. Malah ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 Sebelum Masehi oleh orang-orang Mesir Purba. Kajian menunjukkan bahawa Manjakani kaya dengan tannin, asid tanik, anti-oksida, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, serat, protein, zat besi dan karbohidrat. Manjakani juga mengandungi unsur-unsur seperti astrigen, anti-mikrobial, anti-inflamasi, anti-oksida dan anti-radang.

Khasiat-khasiat Manjakani:

* Awet muda: Anti-oksida dalam Manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel;
* Pencegahan kencing manis: Asid Galik boleh mencegah kencing manis dan lelah;
* Pencegahan barah payudara dan rahim: Anti-oksida dalam Manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim;
* Pencegahan bau yang tidak diingini: Manjakani yang bersifat astrigen boleh membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj;
* Merawat otot-otot dalam faraj: Tannin yang terdapat dalam Manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula;
* Mengawal lendir dan lelehan faraj: Astrigen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas;
* Mengecutkan semula tisu-tisu: Astrigen membantu mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutama selepas bersalin;
* Menegang dan mencantikkan kulit: Astrigen boleh mencantikkan kulit dan mencegah masalah kulit muka seperti jerawat;
* Mata yang sihat: Astrigen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia dapat mengecutkan tisu-tisu mata;
* Merawat payudara: Oleh kerana Manjakani dapat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman Manjakani dapat memperbaiki payudara yang hilang sifat keanjalannya;
* Gigi dan tulang: Kalsium dalam Manjakani dapat membantu menguatkan gigi dan tulang;
* Mulut: Astrigen dalam Manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut;
* Kulit kering dan berminyak: Astrigen dapat mengekal dan mengawal keseimbangan lembapan kulit;
* Merawat ulser: Amalan meminum Manjakani juga dapat membantu merawat penyakit ulser;
* Melawaskan pembuangan air kerana Manjakani mempunyai serat makanan yang tinggi.
* Vitamin, zat galian serta karbohidrat dan protein boleh membantu memberi kesihatan yang baik. 

Sememangnya buah manjakani ini buah ajaib yg patut para wanita amalkan...


Patut la mak aku dulu selalu minum air rebusan manjakani...siap membebel kat aku suruh minum jugak...Tp aku ni bkn suke sgt rasa dia yg pahit2 gtuw..tp lpas dh abis rasa pahit 2,dtg plak rase manis2...xdela teruk sgt pon rasenyer...


p/s: Jom ladies, kte amalkan buah manjakani...untuk kesihatan & kecantikan bersama ...
lepas ni xpayah la beli jamu2 lagi...he2


No comments:

Post a Comment